Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dapatkan informasi terkini berkaitan PSSGM UTHM di sini dan fanpage Facebook PSSGM UTHM.

Saturday, October 11, 2014

Dapatkan aplikasi mobile PSSGM UTHM

Dalam dunia IT serba canggih, PSSGM UTHM mengambil inisiatif membangunkan aplikasi mobile berasaskan android bagi memudahkan penyebaran informasi.

Sesiapa sahaja boleh mendapatkan aplikasi android ini sama ada membuat carian di Google Play dengan katakunci "PSSGM UTHM" atau klik pada pautan/ikon berikut.


Monday, October 6, 2014

Makluman Latihan dan Pendaftaran

Sukacita dimaklumkan pendaftaran masih dibuka.

Latihan malam esok berjalan seperti biasa. Dukacita malam ini terpaksa dibatalkan atas sebab yang didak dapat dielakkan.

Tempat : Dewan Seni Bela Diri UTHM (Bersebelahan Dewan Badminton)
Masa : 9.00 Malam
Tarikh : 07 Oktober 2014

Latihan akan dia adakan setiap minggu pada waktu yang sama setiap Isnin Malam dan Selasa malam.

Thursday, October 2, 2014

Susunan Tali Pinggang PSSGM

Terdapat 5 warna tahap pencapaian tali pinggang untuk Silat Seni Gayung Malaysia


Tali Pinggang Hitam Mulus


Sejarah Pelajaran

Sejarah Pelajaran

Pada asalnya, Dato' Meor Abdul Rahman mewarisi ilmu persilatan daripada keturunannya. Ketika beliau menuntut ilmu persilatan ini daripada datuk beliau sebelah bondanya, iaitu Syed Idris Al-Attas, pelajaran diperturunkan adalah terhad dan dalam bahagian tertentu sahaja. Antara pelajaran yang diwarisi adalah Seni Belian, Seni Sundang Lipas dan Seni Cindai. Seni Cindai adalah permainan silat Puteri Melewar, puteri raja bugis. Ilmu persilatan yang diwarisi Dato' Meor Abdul Rahman sebenarnya adalah Silat Seni Sendi Harimau. Nama Silat Seni Gayung merupakan nama yang diasaskan oleh Dato' Meor Abdul Rahman sendiri.

Perkembangan PSSGM

Sejarah Perkembangan PSSGM 

Bermula di Kampung Air Kuning, Taiping, Perak, Meor Abdul Rahman bersama abangnya Meor Abdul Aziz mempelajari ilmu Silat Seni Gayung daripada datuk mereka sebelah ibu mereka iaitu Syed Zainal bin Syed Idrus Al-Attas (Tok Janai) di Pahang. Pada asalnya nama ilmu persilatan ini adalah Silat Seni Sendi Harimau sebelum ditukarkan namanya oleh Dato' Meor Abdul Rahman kepada Silat Seni Gayung. Cerita perkembangan Silat Seni Gayung mula mendapat perhatian umum pada tahun 1942. Hal ini berikutan kejayaan Dato' Meor Abdul Rahman menyelamatkan penduduk Pulau Sudong daripada serangan tentera Jepun.

Pengenalan

Silat Seni

Seni Silat adalah seni mempertahankan diri dari sebarang serangan, baik serangan bersenjata mahupun tanpa senjata. Seni Silat adalah seni mempertahankan diri bangsa Melayu. Kamus Dewan Bahasa mentafsirkan perkataan "Seni" sebagai karya indah yang dicipta dan "Silat" adalah permainan menangks serangan dan bela diri sama ada bersenjata ataupun tanpa senjata.

Pengasas PSSGM



Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman adalah pengasas Silat Seni Gayung. Allahyarham dilahirkan di Taiping, Perak pada 1915 dan mula mempelajari ilmu persilatan ketika usianya 12 tahun daripada datuk sebelah ibunya iaitu Syed Zainal Al-Attas, seorang Penghulu di Pekan, Pahang. Allahyarham diberi gelaran "Panglima Sendo Perak" oleh Almarhum DYMM Sultan Alang Iskandar setelah menunjukkan keistimeweaan dan kependekarannya di  Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, perak ketika usianya 19 tahun.