Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman adalah pengasas Silat Seni Gayung. Allahyarham dilahirkan di Taiping, Perak pada 1915 dan mula mempelajari ilmu persilatan ketika usianya 12 tahun daripada datuk sebelah ibunya iaitu Syed Zainal Al-Attas, seorang Penghulu di Pekan, Pahang. Allahyarham diberi gelaran "Panglima Sendo Perak" oleh Almarhum DYMM Sultan Alang Iskandar setelah menunjukkan keistimeweaan dan kependekarannya di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, perak ketika usianya 19 tahun.

Allahyarham telah dikurniakan pingat oleh King George V oleh kerajaan British pada 1947 kerana jasanya dalam menentang pendudukan tentera Jepun dan melindungi penduduk Pulau Sudong dan pada ketika itu beliau telah pun dipilih untuk enjadi anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah. Setelah bersara, beliau telah menubuhkan Silat Seni Gayung School di Woodland, Singapura pada 3 Disember 1963. Setelah terbentuknya Malaysia, atas nasihat Dato' Onn Jaafar, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia telah didaftarkan di Johor pada 22 Oktober 1963 dan merupakan pertubuhan silat pertama didaftarkan di Malaysia.

Allahyarham kembali ke rahmatullah pada Jun 1991 dalam usia 76 tahun dan dikebumikan di tempat yang istimewa di bandar Taiping, Perak, iaitu di perkarangan Masjid Lama, Taiping.